Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Ayam Penyet Mengosek

resepi-sambal-ayam-penyet-mengosek

Resepi Sambal Ayam Penyet Mengosek

1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;

  • 20 batang cili merah
  • segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato kecil
  • 2 genggam kecil ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.

  • Simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini.

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

6. Perasakan sambal dengan nisse atau gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Sardin Cili Padi

Siap! Boleh dimakan dengan nasi ayam penyet.

Nota:

  • Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
  • Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
  • Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
  • Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya.
Resepi Sambal Ayam Penyet Mengosek

Resepi Oleh: Afy AL Habibi