
Resepi Ayam Penyet Dengan Sambal Sedap
Bahan Perapan Ayam Penyet:
- 1 biji bawang besar
- 2 btg serai
- 2 inch halia
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu ketumbar
- air secukupnya
- 9 ketul ayam bahagian whole leg
- 1 cwn tepung beras
- 1 sudu Cukup Rasa
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu gula
- 3 keping tauhu (potong 3 segi) .
- 2 keping tempe (potong 3 segi) .
- garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend bebawang, serai, halia, jintan jintan, ketumbar dengan sedikit air sampai lumat.
2. Kelar bahagian bawah peha ayam. Panaskan 1 liter air dengan sedikit garam. Rebus peha ayam sampai masak. Angkat, toskan dan sejukkan.
3. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar. Tambah tepung beras, serbuk kunyit, cukup rasa dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan ayam dalam bahan perap, ratakan. Masukkan juga tauhu dan tempe. Perap sekurangnya sejam, lagi lama lagi sedap.
5. Panaskan 1 liter minyak masak. Guna api besar, goreng dalam periuk. Goreng ayam, tempe dan tauhu sampai garing. Lebihan perapan direnjis dalam minyak untuk kerak yang rangup.
Bahan Sambal Ayam Penyet:
- 4 ke 5 tangkai lada hijau
- 4 ke 5 tangkai lada merah
- segenggam cili api hijau
- cili api merah secukupnya (suka pedas letak lebih) .
- 3 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato
- 4 ulas bawang putih
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 biji lemon (ambil jus sahaja. Boleh ganti limau nipis)
- 2 sudu belacan bakar
- garam secukup rasa
- 1 sudu gula
Cara Membuat:
1. Hiris bebawang, tomato, semua lada dan cili api. Panaskan minyak, goreng semua bahan hiris sampai layu dan hampir garing. Tutup api, biar suam.
2. Bila dah suam, blend semua bahan digoreng tadi dengan separuh minyak yang ada. Tambah jus lemon, belacan, garam dan gula. Blend separuh hancur, Jangan terlalu lumat, kurang sedap. Kalau rajin, boleh tumbuk.
3. Panaskan baki minyak tadi, goreng semula bahan blend sampai naik minyak. Bila dah masak, tutup api. Done.
Cara Hidang: Penyetkan ayam goreng dengan lesung batu. Letak sambal atas ayam, susun tempe, tauhu, kobis, kacang panjang dan kerak kerak tadi. Makan dengan nasi putih dan kalau rajin dengan sup kosong (air rebusan ayam tadi).

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli