Manisan

Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Cincau

resepi-sagu-gula-melaka-dengan-cincau

Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Cincau

Semalam tak dan nak share. Sagu gula melaka boleh dimakan disajikan pelbagai versi, kita share hari ni.

Bahan A:

  • 3 cawan sagu
  • 3 cawan air

Bahan B:

  • 200gm gula melaka (potong kecil dan timbang)
  • 80gm gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 liter air
  • 2 helai daun pandan – disimpul

Cara Membuatnya:

1. Bahan A; masak sagu dengan air separuh masak. Kemudian lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji dan ketepikan.

2. Bahan B; didihkan 1 liter air hingga menggelegak masukkan sagu tadi bersama dengan bahan-bahan lain.

3. Masak hingga biji putih tidak kelihatan, angkat letak ke dalam loyang. Sejukkan sepenuhnya kemudian potong.

Cara Hidangan:

  • Dimakan bersama susu cair dan dicampur sedikit susu pekat manis untuk sesuaikan rasa dan boleh dicampurkan juga bersama dengan cincau, agar-agar ikut selera.
  • Dimakan dengan kelapa parut, sedap style makan sagu lejen.
  • Boleh juga dimakan dengan sos kastard, 1 tin susu cair + 1 sudu besar tepung kastard + secubit garam + daun pandan, satukan bahan dan masak sebentar, siap.
Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Cincau

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish