Cara Mudah Buat Puding Triffle

Cara Mudah Buat Puding Triffle

Harap-harap orang yang terima esok ni sukalah makan puding triffle ni. Kawan-kawan lain yang nak merasa, kenalah cuba buat ikut resipi di bawah ya.

Bahan-Bahan:

  • 1 buku kek gulung/kek span/kek marble (ikut tekak masing-masinglah nak perisa apa, dipotong-potong)
  • 1 tin buah koktel (saya guna HOSEN fiesta/premium, toskan untuk asing air dan buah tapi airnya jangan buang)
  • 1 tin susu cair (saya guna Ideal)
  • 1 tin air (lebihan air koktel + air kosong, guna sukatan tin susu cair)
  • 6 tbsp tepung kastad
  • 8 tbsp gula pasir
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1 kotak jeli perisa strawberi (saya guna Kristal Jeli NONA, nak perisa lain pun boleh)

Cara Membuat:

1. Susun potongan kek ke dalam bekas sehingga menutupi permukaan. Siramkan kek dengan sedikit air koktel yang ditapis agar kek lembap (Jangan habiskan semua air koktel, bakinya diguna untuk buat kastad).

2. Bancuh susu cair, air koktel, air kosong, gula, garam dan tepung kastad. Kacau sebati dan tapis. Masakkan kastad yang ditapis di atas api sederhana sehingga berkilat, sedikit pekat dan meletus (Sentiasa kacau agar kastad tidak berketul).

3. Tuangkan kuah kastad tadi menutupi bahagian atas kek. Taburkan buah koktel di atas permukaan kastad sehingga rata.

4. Kemudian, Masakkan jeli sehingga mendidih dan tuangkan atas buah koktel (Berapa banyak air nak guna untuk jeli?. Tengok arahan kat kotak ok, jeli yang saya guna 400ml). Hidangkan sejuk.

Cara Mudah Buat Puding Triffle

Resepi Oleh: Nor Azaliza Tarmizi