Mee

Cara Buat Rojak Mee ala Mamak

cara-buat-rojak-mee-ala-mamak

Cara Buat Rojak Mee ala Mamak

Rojak Mee (Serves 5-6):

Bahan Kuah –

  • 500g ubi keledek oren rebus hingga lembut, simpan air rebusan
  • 1/2 cwn kacang tanah, sangai buang kulit
  • 15 biji cili kering goreng hingga rangup
  • 1 biji bwg besar goreng hingga layu
  • 2 ulas bwg putih goreng hingga layu
  • 3 sdm udg kering digoreng
  • 2 sdm asam jawa campur 1 cwn air
  • 5 sdm gula/gula melaka atau ikut selera
  • 2 sdk garam
  • 5 keping biskut marie untuk pekatkan kuah (jika perlu) – akak guna wheetameal Jacob

Cara Memasak:

1. Kisar kering kacang dan udang kering. Kisar keledek bersama cili kering, bawang besar, bawang putih dan biskut marie. Guna air rebusan keledek.

2. Di dalam periuk, satukan kacang, udang kering, bahan kisar keledek bersama dengan baki air rebusan keledek.

3. Tambah air ikut kepekatan yang dikehendaki. Didihkan kuah dan kacau selalu. Perasakan kuah dengan air asam jawa, garam dan gula didihkn lagi hingga nampak pekat.

4. Hidangkan kuah bersama mee kuning, cucur kelapa, cucur kembung dan bahan pelengkap yang lain.

Bahan Cucur Kelapa (6 ketui saiz senduk kecik):

  • 1/2 cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 1/2 cwn kelapa parut
  • 1-2 ulas bwg kecil dihiris
  • 1/2 sdk yis segera
  • 1 sdk garam
  • 3/4 cwn air suhu bilik

Cara Memasak:

1. Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan nampak kental (air tak semestinya habis).

2. Perapkan adunan selama 1/2 jam baru goreng macam cucur biasa hingga perang keemasan.

Bahan Cucur Kembung (12 ketui saiz senduk kecik):

  • 1 1/2 cwn tpg gandum
  • 1 1/2 cwn air suhu bilik
  • 3 sdm kucai dihiris
  • 1/2 biji bwg besar dihiris
  • 2 sdm taugeh
  • 1/2 sdk yis segera
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1/2 kiub bilis
  • Udang secukupnya untuk topping

Cara Memasak:

1. Satukan semua bahan kering. Masukan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Sukatan air memang ngam-ngam untuk bancuhan ni.

2. Masukkan bahan basah kecuali udang dan kacau semuanya hingga adunan elok sebati. Perapkan selama 1/2 jam.

3. Panaskan minyak. Guna senduk besi dan rendamkan senduk ke dalam kuali berisi minyak panas. Masukkan adunan ke dalam senduk. Letak udang diatasnya dan goreng seketika. Gunakan sudu untuk menanggalkan tepung dari senduk. Goreng hingga kuning keemasan.

Cara Buat Rojak Mee ala Mamak

Resepi Oleh: Kak Roy