
Resepi Mudah Apam Pisang Gebu Gebas
Apam Pisang untuk Solat Jumaat hari ini.. Alhamdulillah..
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur gred B
- 3/4 cawan gula (secawan gula tapi tak penuh)
- 3/4 cawan minyak masak (secawan minyak tapi tak penuh)
- 1 cawan pisang emas yang dilenyek (dalam 5 biji)
- 1 sudu besar susu manis
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik soda bicarbonat
Cara Membuat:
1. (Adunan basah) Pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan susu pekat, minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering) Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati. Masuk adunan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
3. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba. Boleh dan Sila Share.
Resepi Oleh: Suriani Ilias