Resepi Rendang Padang Indonesia Enak Rasa Berempah

Resepi Rendang Padang Indonesia Enak Rasa Berempah

Salah satu menu rendang bila tibanya Hari Lebaran nanti.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging lembu (dipotong)
  • 1 batang serai (dikatok)
  • 2 helai Daun salam
  • 1 helai daun kunyit (Dipotong besar)
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik (tambahan)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Santan fresh 800 ml atau coconut milk 800ml (Sebaik-baiknya mengunakan santan fresh)

Bahan Kisar A:

  • 15-20 batang Cili kering (Direbus dahulu)
  • 12 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • 2 cm Kunyit hidup (tambahan)
  • buah keras 5 biji

Bahan Kisar Rempah B:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 3 Biji buah pelaga
  • 2 kuntum Bunga cengkih
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan
  • 1 sudu kecil lada hitam@lada putih (tambahan)
  • 1 biji nutmeg atau buah pala

Sangai kesemua bahan rempah tampa minyak 3-4 minit dan kisar sehingga halus tanpa mengunakan air.

Nota: Kalau mahu lebih sedap, sangaikan kelapa parut 8 sudu besar sehingga kering dan berwarna coklat-coklat dan kisarkan sehingga halus. Masukkan semasa tumis Bahan A tengah masak, jika mengunakan ini, tidak perlu guna kerisik.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan Bahan Kisar A, daun kunyit, serai, daun limau purut dan daun salam. Mengunakan api yang sederhana, masak bahan sehingga pekat dan mengeluarkan sedikit minyak.

2. Kemudian, masukkan daging Lembu, dan masak sehingga sedikit pucat (mase nih kena perlahankan api dan Terus kacau supaya tidak hangus. Masukkan santan, lebihan rempah tadi (Bahan Kisar B) dan kerisik. Gaul rata dan biarkan ianya masak sehingga empuk (sambil terus kacau sambil balik-balikkan daging.

3. Sebaiknya, rendang dimasak lebih lama dengan mengunakan api yang perlahan, supaya minyak santan dan warna cili akan mengeluarkan warna minyak yang cantik. Apabila sudah kering, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Setelah masak, tutup api.

Resepi Rendang Padang Indonesia Enak Rasa Berempah

Resepi Oleh: Nurul Ateekah