Ayam

Hati Masak Kerisik Macam Rendang Tapi Bukan

hati-masak-kerisik-macam-rendang-tapi-bukan

Hati Masak Kerisik Macam Rendang Tapi Bukan

Kakchik tumpang lalu sat. Ke tepi ke tepi semua, beri laluan. Kakchik nak share lauk febret arwah atok kakchik. Hati Masak Kerisik, dia macam rendang tapi bukan dia. Haaaa gitu.

Jadi hari ni kita buat lauk febret ni. Selalunya kakchik makan dengan nasi atau dengan roti. Sedap uiiiiii. Ratah gitu pun jadi wak. Sedap sampai rasa nak menangis. Gigih tau kumpul hati sampai cukup buat lauk. Lauk ni kakchik makan seorang pun boleh habis.

Meh kakchik tunjukkan caranya.

Bahan-Bahan:

  • 500 g hati ayam
  • 1 biji bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 10 tangkai cili kering**
  • 1/2 inci halia
  • 2 sdb kerisik
  • Asam jawa sebesar separuh bola pinpong

Hati ayam tu kakchik dah gaulkan dengan garam dan kunyit. Perap sekejap dalam 15 minit. Bahan bertanda (**) kakchik kisar halus.

Cara Memasak:

1. Gorengkan hati ayam kita yang dah dibedakkan dengan garam dan kunyit. Goreng tak payah sampai garing sangat tau. Petua tak nak meletup guna api kecil, kalau boleh tapiskan hati ayam supaya air tos dan hati tak berair.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Jangan dilupakan cili kering sekali. Tumiskan sampai pecah minyak tau. Guna je minyak goreng hati tadi. Jangan guna minyak lain, sekarang susah oiii nak dapat minyak.

3. Bila bahan tumisan kita dah garing masukkan kerisik dan air asam jawa. Biarkan merenih sekejap. Kerisik tu yang bagi rasa macam rendang tapi bukan rendang. Wajib letak tau. Suka berkuah bubuh 1 cawan air. Kalau suka pekat macam kakchik bubuh je 1/2 cawan air.

Cuba Resepi Ni:  Kembang Elok Roti Kukus Guna Secawan Tepung Saja

4. Masukkan hati ayam yang sudah kita gorengkan tadi. Kacau-kacaukan supaya rata. Perasakan dengan garam dan gula. Ejas ikut selera tau. Gaulkan dan matikan api.

Tadaaaa dah siap. Senang je lauk ni tak susah pun. Tapi bila makan uishhhh sedap sungguh. Makan sambil pejam mata. Uishhhh tengok gambar pun terliur uiiiii. Kalau nak tukar dengan ayam pun boleh. Daging pun boleh. Semua pun sedap. Tapi kakchik lebih suka guna hati ayam. Cedok kuah tu dengan minyak sekali. Gaulkan dengan nasi peeghhhhh. Tak payah lauk lain dah. Ini pun dah cukup uiiii.

Hati Masak Kerisik Macam Rendang Tapi Bukan

Resepi Oleh: Umi Watie