Resepi Red Velvet Oreo Cheese Cake
Last buat cheese cake empat taun lepas. Kali ni buat lagi resepi RED VELVET OREO CHEESE CAKE memang tak setanding dengan kedai rahsia resepi tapi pada selera aank-anak, cheese kek saya yang paling sedap.
Bahan Base:
- 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya) – dikisar halus
- 1/4 cawan butter – dicairkan
Cara Buat Base:
1. Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan padat-padat dalam loyang bulat 8″ yang telah gris dan dialas baking paper.
2. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Bahan-Bahan Kek:
- 500 gm cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan natural yogurt
- 2 biji telur A
- 15 keping oreo dipatah empat
Cara Buat:
1. Putar cream cheese, gula dan esen vanila hingga gula hancur dan sebati. Masukkan natural yogurt, putar hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji, putar sebati. Kemudian masukkan oreo yang dipatah empat, kaup balik dengan spatula hingga rata.
3. Bakar secara steam-bake selama 45-50 minit pada suhu 150c atau hingga masak. Renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 5 minit baru keluarkan kek dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
4. Hiaskan red velvet oreo cheese cake mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi oleh: Rozmaliza Omar