Kuih Muih

Resepi Talam Oreo Cheese

resepi-talam-oreo-cheese

Resepi Talam Oreo Cheese

Lapisan Bawah:

250gm Cream Cheese
14 Tbsp Susu Pekat
2 biji telur
24 gm Tepung Gandum
1 Tbsp Tepung Jagung
serbuk oreo

Cara Buat:

1. Mix sampai sebati kedua bahan di atas. Masukkan 2 biji telur dan mix lagi. Akhir sekali masukkan 24 gm Tepung Gandum dan 1 Tbsp Tepung Jagung.

2. Masukkan dalam loyang 10×10 dan taburkan serbuk oreo atas adunan tadi. Tabur oreo sehingga tutup permukaan cheese tadi.

3. Kukus selama 15 minit. Buka dan biarkan 5 minit baru masukkan bahan lapisan tengah.

Lapisan Tengah:

200ml Santan
200ml Air
2bj Telur
Secubit Garam
90gm Gula
70gm Tepung Gandum

Cara Buat:

1. Kacau semua bahan sehingga sebati. Tapis ke dalam kuali dan masukkan sedikit pewarna coklat dan coklat emulco.

2. Masak menggunakan api sederhana sehingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 20 min.

3. Buka setiap 5 minit dan bila dah 20 minit buka dan biarkan 5 minit. Cucuk permukaannya baru tuang bahan lapisan atas.

Lapisan Atas:

200ml Santan
200ml Air
2biji Telur
90gm Gula
50gm Tpg Kastad
Secubit garam
Sedikit Esen Vanila

Cara Buat:

1. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Tapis dan masukkan dalam kuali. Masukkan sedikit pewarna kuning (Aznie bubuh warna ungu).

2. Masak atas dapur sehingga naik wap tuang atas lapisan tengah. Kukus selama 20 minit.

3. Setiap 5 minit dibuka penutup periuk kukus dan sendengkn supaya air tidak menitik. Setelah 20 minit buka penutup dan biarkan tanpa tutup api sehingga 5 minit.

Resepi Talam Oreo Cheese

Resepi Asal: Zubaidah Che Pa
Dicuba Oleh: Aznie Khasri