
Resepi Puding Roti Lapis Kastad
Alhamdulillah. Bersarapan puding roti yang sedap, nyaman, ringkas dan mengenyangkan. Kita terus hidangkan puding dalam bekas kaca. Potong comel-comel. Ikut resepi gunakan loyang bulat dan keluarkan dari loyang bila nak hidang.
Tapi kita nak cepat. Roti pun terus susun dalam bekas yang nak dibakar dan curahkan larutan susu. Ok jugak buat begini. Elok dipotong kecil. Mudah nak makan. Ikutlah citarasa masing-masing.
Bahan-Bahan Lapisan Puding Roti:
- 8 keping roti
- 2 cwn susu segar/susu cair
- 3 sb gula
- 2 sb susu pekat – Tak letak pun takpe (tak masukkan pun)
- 2 sudu besar butter cair (kita guna minyak masak)
- 2 biji telor saiz AA
- garam secukupnya
- Kismis secukupnya
Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan di atas kecuali roti dan kismis. Blender sebati dan masukkan dalam bekas lain.
2. Roti carik-carik atau potong 4. Msukkan dalam adunan susu tadi dan Layerkan dengan kismis.
3. Bila roti dah serap pada adunan susu, masukkan dalam loyang yang dah disapu butter dan lapik baking paper. Tekan sikit untuk ratakan atas roti.
4. Panaskan oven pada suhu 170C, api atas bawah. Bakar dengan kaedah water bath selama 45 minit atau sehingga pudding masak bergantung pada jenis oven masing-masing.
Bahan-Bahan lapisan Puding Kastad:
- 7 gm agar-agar serbuk
- 2 cawan air
- 150gm gula
- 200ml susu cair
- 3 sb tepung kastard (campurkan sedikit air untuk larutkannya)
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- Pewarna (saya guna kuning)
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya. Masukkan gula, susu cair, tepung kastard, esen vanilla, garam dan pewarna.
2. Masak hingga adunan memekat, kemudian terus tuang ke atas permukaan puding roti. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum unmold dari loyang.
Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor