Resepi Puding Roti Kastard Tanpa Gula
Dessert sihat tanpa gula. Makan sedap tanpa rasa bersalah
Bahan Puding Roti:
- 3 biji Roti Burger (boleh gunakan apa jenis roti)
- 2/3 cawan Susu Low Fat
- 1 biji telur Gred B
- 2 sudu makan Pes Kurma
- Esen Vanilla
- Dried Cranberries
- Sultana
Cara Buat:
1. Loyang disapu dengan majerin kemudian carikkan roti pada kepingan kecil dan masukkan ke dalam loyang.
2. Campurkan susu, telur, pes kurma dan esen vanilla. Kacau sebati semua bahan.
3. Tuang adunan ke atas roti dan padatkan roti. Taburkan kranberi dan Sultana ke atas roti.
4. Bakar 170°C selama 30-40 minit atau sehingga masak. Sementara itu boleh sediakan sos kastard.
Bahan Sos Kastard:
- Susu Low Fat
- 1/2 sudu makan Susu Tepung
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 biji telur
- Esen Vanilla
- 2 titis Stevia/2 sudu makan madu
Cara Buat:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Guna api sederhana kecil dan kacau sehingga likat.
2. Tambahkan susu jika terlalu pekat. Tapis untuk pastikan sos tiada ketulan.
3. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan. Tuang ke atas puding. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Oleh: Ika Zul