Manisan

Resepi Lengkong Sirap, Terasa Sejuk Ditekak

resepi-lengkong-sirap-terasa-sejuk-ditekak

Resepi Lengkong Sirap, Terasa Sejuk Ditekak

Petang-petang ni sedap buat manis-manis untuk sejukkan tekak. Kat rumah ni kalau lengkong sirap memang laku. Antara kegemaran bangcik.

Ingat lagi, lepas masuk rumah sendiri antara masakan pertama yang bangcik request ialah lengkong sirap. Sejuk tangan oiii. Tak pernah hayat membuatnya. Sekarang Alhamdulillah, belum lagi teror tapi takat bagi bangcik makan kira lepas dah.

Ada orang panggil lengkong, ada yang panggil beledo ada yang panggil agar-agar merah. Jom kita buat.

Bahan-Bahan Kering:

  • 10 g serbuk agar agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sdb sirap

Cara Buat:

1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk. Air kakchik bubuh 5 cawan. Kakchik suka lengkong yang gedik gedik manja gitu. Bila masuk mulut elok je hancur. Ishhh sedap sungguh. Kalau suka lengkong yang agak keras bubuh 4 cawan air saja tau.

2. Biarkan semua bahan merenih dalam 20 minit sampai serbuk agar-agar hancur. Kacau-kacaukan ya. Matikan api bubuh dalam bekas yang sesuai.

3. Kakchik bubuh dalam loyang, tunggu suam baru masukkam dalam peti sejuk. Buat awal, petang macam gini dah boleh makan. Bila agar-agar keras, potongkan ikut saiz yang kita suka.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Pengat Pisang Bonda

4. Kemudian, bubuh dalam bekas kegemaran. Tuangkan susu cair, kalau suka susu full cream pun boleh. Ikut suka ya. Lagi satu, kalau suka guna santan pun boleh. Semua kakchik dah cuba, semua sedap.

5. Dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Mesti pakat teruja ja. Biasa lengkong ni makan masa kenduri je kan? Lama dah pergi kenduri. Selamat mencuba gais.

Kakchik suka makan dengan susu cair. Rasa lemak susu tu, kena pula dengan lengkong sirap yang manis tu. Peeghhhhh. Layan wei.

Resepi Lengkong Sirap, Terasa Sejuk Ditekak

Resepi Oleh: Umi Watie