Puding

Resepi Puding Milo Chocolate Lembut dan Tak Manis

resepi-puding-milo-chocolate-lembut-dan-tak-manis

Resepi Puding Milo Chocolate Lembut dan Tak Manis

Salam & hi semua. Harini saya nak share resepi olahan saya sendiri, biar puding ni lebih lembut dan tak manis. Memang sedap dan senang je tau.

Resepi Puding Milo Chocolate (loyang 7 inci)

Bahan Lapisan Oreo:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • 50g gula
  • 120g susu cair
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • oreo yang dipatahkan

Bahan Lapisan Milo:

  • 8g agar-agar tali
  • 60g gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 100g milo
  • 100g susu cair
  • secubit garam

Cara Membuat:

Lapisan Oreo –

1. Masukkan 10 gram agar-agar tali serta 4 cawan air ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja. Dah mendidih masukkan, 50g gula. Kacau sebati.

2. Masukkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila.

3. Tunggu agak-agak suam dalam 5-6 minit, baru tuang ke dalam loyang. Bila dah tuang, masukkan oreo yang dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana. Setkan pada suhu bilik atau letak luar dulu dalam 15 minit baru masukan dalam chiller atau peti sejuk.

Lapisan Milo –

4. Masukkan 8g agar-agar tali serta 3 cawan air. Biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan 60g gula. Bila gula dah larut, masukkan 2 sudu makan susu pekat, 100g milo dan 100g susu cair.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Kek Berlapis

5. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih selama 1-2 minit. Dah mendidih off api dan tambah secubit garam. Kacau-kacau dan biarkan suam dalam 5-6 minit.

6. Keluarkan lapisan oreo yang disejukkan tadi, cucuk-cucuk dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk banyak sikit tau. Tuangkan perlahan-lahan lapisan milo ke atas lapisan oreo tadi.

7. Biarkan di luar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3-4 jam. Dah siap dan boleh dimakan. Memang lembut tau. Sedap sangat, anak-anak mesti suka. Selamat mencuba!.

Resepi Puding Milo Chocolate Lembut dan Tak Manis

Resepi Oleh: Muhammad Ali