Manisan, Puding

Resepi Agar-Agar Lapis Milo

resepi-agar-agar-lapis-milo

Resepi Agar-Agar Lapis Milo

Bahan-Bahan:

1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
6 cawan atau 1200ml air
1 tin susu cair
1 1/4 cawan gula pasir (Atau 1 cawan jika anda suka kurang manis)
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.

2. Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.

3. Bahagikan cecair agar-agar kepada nisbah 3 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.

4. Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati.

5. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.

6. Untuk bahagian susu, masukkan garam dan kacau sebati. Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat.

7. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Dragon Fruit & Mangga

8. Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

agar-agar-lapis-milo