Cara Buat Ayam Goreng Macam Di IKEA

Cara Buat Ayam Goreng Macam Di IKEA

Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng. Beli 4 tak cukup, kongsi dengan anak-anak. Di sini saya sediakan Cara memasak ayam IKEA yang betul-betul rasa di IKEA. Malah makan panas-panas, anak-anak sudah tentu suka. Memang selera anak-anak makan, mane cukup kalau anak-anak je nak makan, sedangkan kita juga mengemarinya. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 9 keping chicken wing/1 kilo kepak ayam
  • 3 sudu besar SOS tiram
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu serbuk perasa knorr/maggi
  • 1½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar All purpose seosoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air putih
  • 4 sudu besar topioca starch
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak (untuk mengoreng)

Cara Membuat:

1. Cara perapan; Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam, cuci sehingga bersih Dan toskan. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup. Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalam serta simpan di tempat biasa (bukan tempat beku).

2. Cara memasak; Keluarkan kepak ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng. Panaskan minyak, api yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi (kalau buih-buih di permukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c).

3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng selama 3 minit disetiap bahagian dan tambah Lagi 3 minit disetiap bahagian (total 6 minit mengoreng ayam). Angkat dan toskan ayam pada tisu.

4. Biarkan ianya rehat 6 minit dan masukkan semula ayam di dalam kuali dan masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit lagi (tujuannya untuk mendapat texture yang rapuh atau rangup di luar dan berjus di dalam isi ayam). Baru ayam masak dengan sempurna.

5. Akhir sekali, angkat dan toskan. Siap untuk merasaikan kenikmatan ayam goreng IKEA. Selamat mencuba.

Cara Buat Ayam Goreng Macam Di IKEA

Resepi Oleh: Nurul Ateekah