Cara Buat Kuih Siput Enak Rasa Berempah
Cuti sekolah ni, emak-emak sibuk melayan selera anak-anak, kan? Boleh juga cuba ajak anak-anak gentel kuih siput di rumah terlanjur cuti ni. Banyak tangan, cepat lah siap. Acuannya tak lah mahal pun beli di kedai barang baking.
Bahan-Bahan:
- Minyak yang secukupnya
- 1 kg tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 sudu butter dicairkan
- 1/2 cawan santan
- Garam secukup rasa
- Air yang secukupnya
Bahan Untuk Dikisar:
- 2 sudu teh jintan manis
- 3/4 cawan udang kering @ ikan bilis
- 2 sudu makan serbuk cili/ cili blend
- 2 sudu makan serbuk kari
- 2 sudu makan ketumbar
- 4 ulas bawang merah kecil
- 2 ulas bawang putih
- 4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu) – saya tak ada daun kari.
Cara Membuat:
1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan hingga semuanya sebati.
2. Masukkan telur dan santan. Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras. Jangan masuk air banyak sebab bahan yang diblend tadi cecair/ada air.
3. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput. Ulang langkah ini sehingga doh habis. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
4. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan. Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu. Simpan dalam bekas kedap udara.
Ramai Dah Cuba Kuih Siput Pedas Ni, Memang Enak! >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Ida Alina Salleh