Biskut

Resepi Biskut Bar Koko

resepi-biskut-bar-koko

Resepi Biskut Bar Koko

Bahan-Bahan: ( saiz acuan 21x8cm )

50g mentega tanpa garam
70g tepung
15g serbuk koko
1/8 sk serbuk kulit kayu manis
1/4 sk baking powder
40g gula perang
2 cubit garam

Cara Membuat:

1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper.

2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.

3. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.

4. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.

5. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya. Bakar selama 25-30 minit.

6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.