Puding

Resepi Puding Kastard Berkuah Tanpa Telur

resepi-puding-kastard-berkuah-tanpa-telur

Resepi Puding Kastard Berkuah Tanpa Telur

Meh akak lanje resepi dessert sodap yang nyaman lalu ikut tekak.

Bahan Puding:

  • 1/2 cup tpg kastard
  • 2 1/2 cup air
  • 1/2 cup susu pekat
  • 1/2 tsp esen vanilla

Cara Memasak: Campur kesemua bahan. Whisk di atas api sehingga pekat & berkilat. Sendukkan ke dalam acuan, kemudian sejukkan.

Bahan Kuah Kastard:

  • 1 cup susu cair/susu sejat
  • 1 cup sirup fruit cocktail (guna sirup sahaja)
  • 1/4 cup air
  • 1/2 cup susu pekat
  • 1 tbsp tpg kastard
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 1 helai daun pandan disimpul – optional

Cara Memasak:

1. Sebatikan semua bahan-bahan ke dalam periuk yang sesuai. Masukkan daun pandan yang telah disimpulkan dan masak dengan api kecil.

2. Whisk sehingga nampak sedikit pekat. Sejukkan kuah. Hidangkan bersama puding, buah-buahan cocktail atau buah-buahan kegemaran.

Nota: Boleh juga sejukkan dalam bekas besar sekaligus kemudian potong kecil untuk menghidang. Hepi menerai.

Resepi Puding Kastard Berkuah Tanpa Telur

Resepi Oleh: Keroroyz Royz