Resepi Kuih Seri Muka Durian Sedap
Sementara musim raja buah ni kan macam-macam dalam kepala nak buat. Berseri-seri dah muka makan si kuning ni haa, terlajak sedap. Makan sejuk-sejuk dari peti ais.
Bahan Lapisan Bawah (Pulut):
- 2 cawan beras pulut – di rendam di dlm air selama 4 jam & toskan
- 2 cawan santan
- 2 sudu teh garam halus
Bahan Lapisan Atas (Durian):
- 1 cawan isi durian
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kastad
- 1 sudu besar tepung beras
- 2 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh garam halus
- Pewarna kuning
Cara Membuatnya:
1. Lapisan Bawah (Pulut); Sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan dan garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.
2. Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat.
3. Lapisan Atas (Durian); Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api yang kecil hingga naik wap saja.
4. Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih.
5. Lepas tu, kukus semula 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
6. Sejukkan selama 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu dengan sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah