Resepi Sambal Kentang Kering Rangup

Resepi Sambal Kentang Kering Rangup

Bismillahirrahmanirrahim. Hakak pernah share resepi ni. Ramai yang cuba tak menjadi rangup. Rahsianya ada dekat kentang. Kalau pada awal lagi kentang tak cukup syarat, dari basuh, rendam dan goreng. Maka jangan salahkan hakak atau resepi ya. Baca detail dan nota kat bawah betul-betul. Happy cooking!

Bahan-Bahan:

  • 3 biji kentang size besar
  • air kapur sirih

Cara Buat:

1. Kupas kentang, sagat nipis-nipis. Bilas sampai airnya jernih. Rendam dengan air dan kapur sirih, biarkan selama 1 jam.

2. Kemudian toskan dan keringkan air kentang. Goreng dengan minyak yang panas dan banyak hingga kentang kecoklatan dan rangup.

Bahan Sambal:

  • 3 bawang putih
  • 4 cili merah besar
  • 7 cili padi, pedas ikut suka
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 sdm gula
  • garam
  • seasoning

Cara Buat:

1. Kisar bawang dan cili. Tumis hingga pecah minyak, masukkan daun limau dan kacau rata. Masukkan bahan perasa (gula, garam, megi cukup rasa).

2. Tutup api, biarkan uap panas sambal sejuk seketika, baru masukkan kentang goreng tadi dan kacau hingga sebati.

Nota:

  1. Jangan guna bawang merah, nanti kentang lemau dan tak rangup.
  2. Jangan skip gula, nanti sambal cepat lemau.
  3. Sebaiknya biarkan sambal sejuk seketika baru masukkan kentang, supaya kentang rangup dan tak lembik.
Resepi Sambal Kentang Kering Rangup

Resepi Oleh: Kuali Helena