Resepi Ayam Panggang Ketumbar Dengan Salad Salsa
Bahan-Bahan Perap:
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 cup yogurt asli
- 1 pokok daun ketumbar
- 2 ulas bwg kecil
- 2 ulas bwg putih
- 1 inc halia
- 1 bj cili hijau/cili siam – ikut selera
- 1 sdk serbuk ketumbar – optional
- 1 sdk serbuk jintan putih
- 2 sdm jus lemon/1 sdm jus limau nipis
- 1 sdm olive oil
Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan dan lumurkn pada ayam dan perap sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih balik untuk semalaman.
2. Panaskan oven pada suhu 190c dan bakar ayam lebih kurang 45 minit atau hingga masak. 15 minit terakhir, cover ayam dengan aluminum foil supaya ayam tidak kering. Jika guna magic pan, bakar ayam hingga masak.
3. Untuk Pengguna Airfryer; Panaskn AF 160c dan bakar ayam selama 15 minit. Selepas itu, naikkan suhu 200c dan bakar lagi selama 10 minit atau hingga masak.
Bahan-Bahan Salsa:
- 1/2 btg timun dibuang biji dan potong kiub
- 1 bj tomato dibuang biji dan potong kiub
- 1 ulas bwg putih diparut
- 1 pokok daun ketumbar dihiris halus
- Segenggam daun pudina dihiris halus
- 10 helai Thai basil dihiris halus – optional
- Jus lemon/jus limau nipis secukupnya
- 1/2 cwn krim masam/yogurt
- Garam n gula secukup rasa
Cara Membuat: Satukan semua bahan dan balancekan rasa. Sejukkan dahulu di dalam chiller sebelum dihidang.
Nota: Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera. Ayam panggangnya wangi dan sedap. Akak makan bersama nasi ketumbar jugak. Hepi menerai.

Resepi Oleh: Kak Roy