Manisan

Resepi Pengat Labu Biji Sagu

resepi-pengat-labu-biji-sagu

Resepi Pengat Labu Biji Sagu

Belen labu kuning semalam, hakak buat pengat. Sedap dimakan sejuk-sejuk cuaca panas ni.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan biji sago
  • 800 gr labu kuning
  • 100 gr gula melaka
  • 200 ml/1 kotak santan
  • sedikit garam
  • daun pandan

Cara Masak:

1. Mula-mula didihkan air, masukkan biji sago dan masak hingga berubah jernih. Tapis dan bilas dengan air paip.

2. Rendam sekejap supaya biji sago tak bergumpal satu sama lain. Ketepikan.

3. Masak air gula merah dan pandan hingga mendidih. Tapiskan ke dalam periuk yang lebih besar.

4. Masukkan labu, masak hingga separuh lembut. Masukkan garam dan santan, kacau rata.

5. Apabila labu dah lembut, tapiskan biji sago tadi dan masukkan ke dalam periuk. Tutup api, sedia untuk dihidangkan!.

Resepi Pengat Labu Biji Sagu

Resepi Oleh: Kualai Helena