Kuih Muih

Resepi Kuih Talam Berlauk Udang

resepi-kuih-talam-berlauk-udang

Resepi Kuih Talam Berlauk Udang

Terasa nak menalam, tapi malas nak tunggu dia set sebelum dipotong. Jadi, saya buat sajalah dalam acuan lompang.

Talam savoury. My favourite. Resipi ni saya olah dan sukat semula berdasarkan resipi talam berlauk oleh Pn. Noraini Zakaria supaya lebih memudahkan saya dikemudian hari.

Kalau suka, boleh juga hidangkan dengan sos kegemaran. Saya dah malas nak buat sos. Yang penting, bawang goreng kena buat sendiri. Baru rasa syok nak makan (Nak beli pun OK juga).

Jika berminat, bulan Ramadhan nanti bolehlah cuba buat. Dapat makan sama-sama dengan family. Nak bagi jiran pun cun juga. Colourful .

Bahan-Bahan: (25-27 acuan lompang kecil/ Loyang 7×7 inci)

Inti –

  • 250g (1/2 cawan) udang (buang kulit & cincang kasar)
  • 1 sdb udang kering (bilas dengan air)
  • 2-3 pokok (1/4 cawan) daun bawang (hiris halus)
  • 2-3 pokok (1/4 cawan) daun sup (hiris halus)
  • 2 tangkai cili merah (hiris)
  • 1/2 cawan bawang goreng (5-6 biji bawang kecil + 1 sdb tepung jagung)

Adunan Tepung –

  • 170g (1 1/8 cawan) tepung beras
  • 60g (6 sdb) tepung gandum
  • 60g (6sdb) tepung jagung
  • 1 1/2 sdt garam halus
  • 300g (1 1/2 kotak kecil) santan pekat
  • 640ml (2 2/3 cawan) air
Resepi Kuih Talam Berlauk Udang

Cara Penyediaan:

1. Goreng udang dan udang kering tanpa minyak. Tapis dan buangkan air yang terhasil. Campurkan kesemua bahan inti yang lain bersama dengan udang dan udang kering. Ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih lapis Pisang

2. Campurkan kesemua bahan adunan tepung. Kacau rata. Tapis sekiranya terdapat ketulan tepung yang tidak larut. Masukkan 1/2 dari inti (lebih kurang 3/4 cawan) ke dalam adunan tepung. Kacau rata.

3. Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Masukkan lebih kurang 3 sudu besar adunan kuih ke dalam setiap acuan. Kukus selama 20 minit.

4. Setelah masak, sejukkan selama 1 hingga 2 jam. Keluarkan kuih dari acuan. Taburkan dengan lebihan inti. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Saya gunakan udang kering halus. Jika guna udang kering besar, tumbuk atau cincangkan dahulu sebelum digoreng.

Siap resepi kuih istimewa, talam berlauk udang. selamat mencuba.

Resepi Kuih Talam Berlauk Udang

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah