Resepi Pencuci Mulut Dari Filipina Buko Pandan
Buko pandan yang mudah dan rasa sangat creamy.
Info Ringkas:
- Buko pandan ni asalnya dari filipina. Pencuci mulut mereka. Buko maksud dia kelapa ya, sebab tu kalau buko pandan memang akan ada kelapa.
- Buko ni sifat dia sangat mudah basi dan tak tahan lama sebab faktor air kelapa dan kelapa yang digunakan ditambah lagi dengan penggunan bahan tenusu dalam hidangan ni. Jadi resepi kali ni saya olah lain sikit ya. Ketahanan buko cuma 2-3 hari sahaja di dalam chiller.
Bahan-Bahan:
Agar-Agar – Ini untuk diletakkan dalam buko nanti
- 10g agar-agar serbuk yang warna hijau. Kalau guna agar-agar yang takde colour atau agar-agar tali, nanti masukan je pewarna hijau ya
- 1 liter air
- 200 gram gula
Buko Pandan –
- 2 tin susu cair bersamaan 780 gram
- 1 tin susu pekat bersamaan 480 gram (boleh kurangkan)
- 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream (375 gram)
- secubit garam
- isi 1 biji kelapa
- sumi atau puding kecil-kecil yang dah siap pack
Cara Membuat:
Agar-Agar –
1. Masukkan 10 gram serbuk agar-agar warna hijau + 1 liter + 200 gram gula. Simpulkan daun pandan. Kacau sebati sampai mendidih, dah mendidih masukkan dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci.
2. Biarkan agar-agar mengeras pada suhu bilik. Maksudnya biarkan agar-agar mengeras di luar sahaja. Renjiskan sedikit air pada loyang supaya senang nak keluarkan agar-agar. Kalau pakai agar-agar tali sila masukkan 2-3 titik pewarna pandan.
Buko Pandan –
3. Panaskan menggunakan api yang perlahan 2 tin susu cair + masukkan 1 tin susu pekat + secubit garam. Kacau sebati, teruskan kacau dalam 5-6 minit. Then off api. Biar susu tadi sejuk dulu dalam 10 minit.
4. Dalam bekas yang lain, beat 1 setengah cawan Dairy Whipping Cream dalam 3-4 minit, kelajuan paling tinggi. Beat BUKAN SAMPAI KENTAL YA. BEAT SAMPAI KELUAR BUIH-BUIH DIA SAHAJA. Masukkan whipping cream yang sudah diputar tadi ke dalam susu yang dah dipanaskan tadi.
5. Kacau sebati dan baru masukkan bahan bahan lain seperti isi kelapa, agar-agar hijau tadi (bila agar-agar dah set dah keras, potong petak-petak dalam loyang siap-siap ya) termasuk sumi atau puding yang dah siap. Masukkan juga setitik dua pewarna hijau, kacau sebati.
6. Siap dan dah boleh makan. Sejukkan dulu dalam peti tau dalam sejam dua baru lagi sedap. Texture buko kalau ikut pembacaan saya dia sedikit pekat sebenarnya sebab tu kita beat whipping cream tadi untuk rasa lebih foamy.
Selamat Mencuba Semua.
Resepi Oleh: Muhammad Ali