Masakan Barat

Resepi Sizzling Spagetti Buttermilk Dengan Popcorn Chicken

resepi-sizzling-spagetti-buttermilk-dengan-popcorn-chicken

Resepi Sizzling Spagetti Buttermilk Dengan Popcorn Chicken

Baru beli hot plate ni, jadi omak pun cubalah resepi sizzling spagetti buttermilk with popcorn chicken.

Bahan-Bahan:

  • 1 pekat spagetti Balducci
  • 9 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi merah ( hiris halus)
  • 100g mentega
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah & lada hitam berperisa
  • 2 keping keju cheddar

Cara Memasak:

1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12 minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.

2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah dan daun kari hingga wangi.

3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.

4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.

Bahan-Bahan Popcorn Chicken:

  • 2 keping dada ayam hiris dadu
  • 2 sudu besar tepung goreng ayam pedas
  • 3 sudu besar tepung goreng ayam asli
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras

Cara Memasak:

1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam

2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sebati.

3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.

Cara Menghidang:

  1. Panaskan kuali hot plate.
  2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.
  3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.

Selamat mencuba.

Guna Iron Hot Plate Jenis Ni >> https://shope.ee/5pWDAKGxQ9

Resepi Sizzling Spagetti Buttermilk Dengan Popcorn Chicken

Resepi Oleh: Nurha Muhammad