Puding

Resepi Niaga Puding Kastad Berkuah Koktail

resepi-niaga-puding-kastad-berkuah-koktail

Resepi Niaga Puding Kastad Berkuah Koktail

Jah dedahkan resepi perniagaan Jah. Boleh buat untuk tambah pendapatan.

Bahan-Bahan Kastad:

  • 1 cawan tepung kastad
  • 5cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara Buat Kastad:

1. Dalam satu periuk masukkan semua bahan bukak api dan kacau sehingga likat dan pekat jangan biarkan. Takut hangus sentiasa kacau proses kacau nie ambil masa dalam 30 minit.

2. Setelah pekat dan likat, letakkan terus ke dalam bekas dan biarkan sejuk seketika.

Bahan Kuah Koktail:

  • 1 tin Air buah koktail (asingkan buah untuk digunakan sebagai hiasan diatas puding)
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 susu besar tepung jagung
  • 1 mangkuk air masak

Cara Masak:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan bukak api. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. Jaga-jaga takut pecah minyak, sentiasa kacau. Kalau pekat tambah air.

2. Kuah yang telah siap diasingkan, boleh packing dalam bekas kecik atau plastik. Selamat mencuba semua. Jah halalkan ilmu nie. Semoga membantu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Cendol Gula Merah

Nota: Semasa masak puding, pastikan api pelahan dan tidak kuat. Saya kacau 30 minit ke 40 minit. Kena masak betul-betul.

Resepi Niaga Puding Kastad Berkuah Koktail

Resepi Oleh: Noor Khadijah