Kuih Muih

Resepi Burger Malaysia Bulat dan Comel

resepi-burger-malaysia-bulat-dan-comel

Resepi Burger Malaysia Bulat dan Comel

Burger Malaysia, viral sekarang kuih ne. Saya pun terjebak membuatnya oleh kerana teringin bila nampak kuih ni asyik lalu lalang kat wall fb.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tpg gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar marjerin/planta
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 2 sudu besar gula
  • Air suam secukupnya (anggaran dalam satu gelas)

Cara Membuat:

1. Bancuh gula dan mauripan di dalam gelas yang berisi air suam dan biarkan seketika sehingga kembang dan berbuih.

2. Sementara tu, campurkan semua bahan-bahan lain dalam satu bekas dan ramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Kemudian, tuang air suam yang telah dibancuh dengan yis dan gula tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati dan tak lekat di tangan.

4. Sekiranya adunan terlalu lembik, tambah tepung yer. Dah uli sebati, masukkan adunan ke dalam bekas dan tutup dengan tuala lembap. Biarkan ia mengembang lebih kurang 45 minit atau sejam.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun

5. Selepas 45 minit atau sejam, keluarkan adunan dan uli-uli sikit. Lepas tu bahagikan adunan, kalau ada penimbang, timbang adunan 30 gram setiap satu. Kalau tak ada agak-agak jer lah.

6.Bentukkan bulat-bulat comel dan biarkan lagi ia mengembang selama 10 ke 15 minit baru goreng. Bila kuih dah sejuk, barulah potong dan hiaslah dengan sambal bilis dan timun.

Resepi Burger Malaysia Bulat dan Comel

Resepi Ole: Nadia Ismail