
Resepi Pau Labu
Bahan-Bahan:
Bahan A –
500 gram tepung gandum atau tepung pau di ayak bersama
1/2 sudu teh double action baking
1 sudu teh baking powder
50 gram shortening – 1 sudu besar
+ Ayak tepung bersama bahan penaik
+ Gaulkan dengan shortening jadi serbuk roti ketepikan
Bahan B –
2 sudu teh instant yis
140ml-150 ml air biasa ikut kelembutan (3/4 cawan) anggaran JJ
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
+ satukan semua bahan diatas smpi berbuih
+ campurkan garam dan pewarna kuning lemon + oren sedikit
Bahan C –
100 gram labu di kukus dan di lenyek halus
Inti Pilihan:
kaya
kelapa
sekaya labu
kaya pandan
dan lain-lain ikut citarasa masing-masing
Cara Membuat:
1. Masukan puri labu dalam tepung yang sudah diayak dan di gaul dengan shortening. Gaul sebati, masukan yis yang sudah kembang sedikit demi sedikit uli hingga jadi doh.
2. Uli hingga doh licin dan perap sekejap dalam bekas bertutup. Timbang doh 60 gram dan rounding licin doh.
3. Buat lubang dibahagian tengah dan letak inti. Kemaskan bahagian bawah dan letak di atas paper cup buat sampai habis dulu.
4. Bentukan ikut gambar yang JJ berikan menggunakan spatula. Susun dalam tray, bila nampak dah naik sekali ganda, kukus selama 7 minit dengan api sederhana.
Resepi Oleh: JJ Pau Mawar dari FB Group MAHN