Kuih Muih

Resepi Apam Labu Mudah

resepi-apam-labu-mudah

Resepi Apam Labu Mudah

Bahan-Bahan:

125gm labu – siap dikukus sehingga lembut dan dilecek
1 biji telur
80gm gula
100ml susu cair/santan
30ml minyak sayur
180gm tepung kek
20gm tepung beras
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Cara Membuat:

1. Sediakan kukusan, masukkan labu kukus, telur, gula, susu cair dan minyak sayur ke dalam blender, kemudian blend sehingga kesemua bahan sebati.

2. Di dalam mangkuk pengadun, ayak bersama tepung kek, tepung beras, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Kemudian buatkan lubang ditengah-tengah tepung tadi dan tuangkan ke dalamnya. Kacau sehingga kesemua bahan sebati.

4. Sudu-sudukan adunan ke dalam paper cup dan kukus dengan api yang kuat selama 15 minit atau sehingga masak.