
Resepi Mee Udang
Bahan-Bahan: 7-8 orang makan
Udang harimau/galah – secukupnya
Udang putih 1 mangkuk – kulit disangai, isi dikisar
Udang kering 2 sudu besar – dikisar
Keledek isi oren/putih 2 biji – rebus dan kisar
Kentang 1 biji – rebus dan kisar
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 labu
Tomato kecik 3 biji
Halia 2 inci
Cili kisar – 5 sudu-atau mengikut selera anda
Paste tom yam
Kiub/stock daging
Cara Memasak:
1. Kupas kulit udang, kulitnya digoreng tanpa minyak sampai kering dan wangi. Kemudian, dikisar sehalus mungkin. Kalau blender anda boleh kisar halus, tak perlu tapis. Kalau kulit udang masih kasar, memandai amik airnya sahaja. Ulang kisar dan tapis airnya, macam kisar tulang ikan untuk buat laksa.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih yang dikisar, masak sampai naik bau.
3. Masukkan cili kering, tumis lagi smpai pecah minyak. Tambah sepeket paste tom yam. Tumis lagi, kemudian tambah tomato yang dikisar halus. Biar mereneh 2-3 minit.
4. Masukkan air udang, udang kering, dan juga isi udang yang dikisar, biarkan seketika. Kemudian, masukkan keledek dan kentang.
5. Masukkan 3 cawan air, boleh tambah atau kurangkan mengikut kepekatan yang anda suka.
6. Tambahkn stock/kiub daging, bila dah menggelegak, masukkan udang dan biar mendidih lebih kurang 5 minit.
7. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh dihidang dengan telur rebus, sayur sawi, bawang goreng dan cili potong.
Resepi Oleh: Murni Rahmat – MAHN