Kari

Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tauhu

kurma-telur-bersama-kentang-dan-tauhu

Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tauhu

Dari kecik sampai la sekarang, memang favourite kurma telur. Kuah pekat-pekat pedas, tabur kat nasi bagi kuah banjir, gigit pula cili padi memang sedap.

Bahan-Bahan:

  • 8 biji telur direbus
  • 8 sudu besar Serbuk kurma+1 sudu kecil serbuk sup+½ cawan air (jadikan paste)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 tangkai cili padi merah
  • 9 tangkai cili padi hijau
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum Bunga cengkih
  • 1 kuntum Bunga lawang
  • 1 batang kayu Manis
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 kiub Knorr ayam
  • 2 sudu besar santan kotak
  • 1 -1½ cawan air
  • Kentang (1 biji dipotong dan goreng)
  • Tau Kua atau Tauhu – 1 ketul besar dipotong dan digoreng

Bahan Kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

+ Kisar sehingga lumat

Cara Memasak:

1. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan bawang merah dan masak sehingga sedikit keperangan. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

3. Apabila Sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma. Masak sehingga rempah masak dan masukkan cili padi. Kemudian, masukkan air dan santan.

4. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur, dan kiub ayam. Gaul hingga sebati dan biarkan ianya masak seketika (masukkan garam jika perlu).

Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tauhu

Resepi Oleh: Nurul Ateekah