Cara Buat Jeruk Mangga Sedap
Mangganya masam buat jeruk macam ni terus. Air jeruk mangga tu sedap anak-anak suka, kita pun suka. Terima kasih Tok Ma bagi mangga, kongsi rezeki.
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg mangga
- 2 cawan gula pasir **
- 1 cawan gula merah **
- 4 cawan air **
- 1/2 inci belacan bakar (optional) ** – hancurkan dahulu
- 1 sudu makan garam halus
- 4 biji cili api
Cara Membuat:
1. Buah mangga dibuang kulit dan dihiris isinya ikut citarasa. Toskan supaya isinya kering. Letak garam halus dan gaul rata biarkan selama 5 jam atau semalaman.
2. Tapiskan dan lalukan pada air, toskan air biarkan isi mangga kering. Satukan bahan bertanda di dalam periuk masak hingga gula hancur dan mendidih, tutup api biarkan sejuk.
3. Sediakan balang yang kering, letak isi mangga dan cili potong. Tuang air gula yang dimasak tadi, biarkan semalaman agar isi mangga mesra dengan air gula. Sedap dimakan jeruk yang dikeluarkan dari peti ais.
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish