Resepi Pan Pizza Dengan Pasta Sauce Homemade

Resepi Pan Pizza Dengan Pasta Sauce Homemade

Hari ni sambungan cerita pasta sauce yang kami share hari tu. Kalau siapa belum try, boleh check resepi kat link di sini Homemade Pasta Sauce Guna Bahan Mudah.

Dah alang-alang ada sos pasta tu, nak share pulak la resepi buat doh Pan Pizza. Untuk resepi doh pizza ni pun kami belajar dengan guru kami Chef Adrian. Chef yang sama yang ajarkan resepi pasta sauce tu. Thank you so much chef.

Uli tangan pun boleh. Kalau pakai mixer lagi cepat siap. Resepi seperti berikut;

Bahan-Bahan:

  • 300gm bread flour
  • 6gm salt
  • 6gm yeast
  • 10gm sugar
  • 10gm olive oil or unsalted butter
  • 190gm ice water (sama dengan 190ml jugak)

Cara Membuat:

1. Campur kesemua bahan kecuali olive oil dan uli macam biasa. Sampai doh jadi elastik dan tak melekat di tangan.

2. Kalau masih melekat tu jangan letak tepung. Teruskan uli sampai tak melekat. Last sekali letak olive oil dan bulatkan doh.

3. Letak doh dalam bekas, dan tutup. Rest kan doh sampai naik double di room temperature je.

4. Bila doh dah naik, tumbuk doh perlahan 1 kali, dan keluarkan untuk bentuk kan jadi doh pizza.

Boleh rujuk gambar untuk langkah seterusnya;

  • Doh yang dah siap boleh cover dengan cling wrap dan tunggu proofing (kembang/rise up). Kalau tak dak cling wrap, bungkus jela dengan plastik lauk hat hampa beli roti canai pagi tadi.
  • Kalau nak buat doh sehari sebelum pun boleh. Mungkin birthday ampa esok ka, lusa ka.. takpa la.. Plan awai-awai.. Lepas bancuh doh, simpan macam ni terus masuk dalam chiller.
  • Esok awal pagi keluarkan, letak di room temperature sampai dia rise up.
  • Sempoi jaa bahan-bahan kami pakai ni. Suka hati ampa la nak letak topping masing-masing. Tak Italy sangat pun takpa.. tekak kita kan. Kak Maneh dah ingat nak boh nanaih.
  • Tapi bila budak-budak masuk dapoq tanya itu tanya ini soalan homework cuti skolah google meet semua, teruih lupa boh nanaih. Baru nak eksen ala Hawaii.
  • Cadangan lain – Daging salai, itik salai, sardin, bulih haihh tak dak masalah.
  • Hand stretch jaa pun boleh. Lagi senang. Letak olive oil sikit atas pan dulu. Jangan boh minyak yu yee.
  • Stretch pelan-pelan, jangan sampai koyak. Hati koyak tak sapa yg tau.. Pizza koyak tak bulih post dalam Fb.
  • Resepi pasta sauce boleh check link sini Homemade Pasta Sauce Guna Bahan Mudah.
Resepi Pan Pizza Dengan Pasta Sauce Homemade
  • Preheat oven 190 degree dalam 10 minit. Ready masuk pizza dalam oven. Bakaq dalam 20 minit atau sampai masak.
  • Tips nak pizza nampak cantik, tabuq cheese dulu baru tabuq topping.
  • Kalau boh topping dulu, baru boh cheese ataih, nanti topping tenggelam di bawah cheese. Susah nak explain bila orang tanya ni pizza apa? Kalau nampak topping depa tak tanya dah. Tengok pon tau.
Resepi Pan Pizza Dengan Pasta Sauce Homemade

Lepaih makan jangan lupa kemaih meja, buang pinggan kertaih hat ampa makan tu. Hat tu pun kena peringat jugak.

Resepi Pan Pizza Dengan Pasta Sauce Homemade

Resepi Oleh: Izani Shadila