Sayur, Snek, snek

Resepi Masakan Untuk Diet Terung John

resepi-masakan-untuk-diet-terung-john

Resepi Masakan Untuk Diet Terung John

Nak share resepi roti john guna bun terung atau Terung John, juga untuk peminat terung terutama yang nak diet atau makan rendah karbo. Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji terung panjang (potong memanjang)
  • 1 homemade beef patty/daging burger
  • 3 biji telur
  • Garam pink himalaya
  • Serbuk black pepper
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sayuran/kubis

Cara Membuat:

1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty atau daging burger di atas pan.

2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.

3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, grilkan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kerepek Bayam

4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.

5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis. Selamat mencuba!.

Resepi Masakan Untuk Diet Terung John

Resepi Oleh: Noorul Izzah Marzuki