Mee

Resepi Bihun Kuah Tomyam Putih Sedap

resepi-bihun-kuah-tomyam-putih-sedap

Resepi Bihun Kuah Tomyam Putih Sedap

Bahan-Bahan:

  • 1kg kaki & leher ayam (nak guna ayam part lain atau seafood pun boleh)⁣
  • air secukupnya ⁣
  • 2 inch lengkuas (ketuk)⁣
  • 2 inch halia (ketuk)⁣
  • 2 btg serai (ketuk)⁣
  • 3 asam keping (lagi sedap guna jus limau nipis. Tapi faa takde stock)⁣
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • sos ikan secukup rasa ⁣
  • 1 batang carrot (hiris)⁣
  • 1 batang saderi (hiris)⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • 3 pokok daun ketumbar (asingkan akar dan daun)⁣
  • 1 biji bawang besar (potong 4)⁣
  • 3 biji cili api (hiris)⁣
  • 4 helai daun limau purut (buang tulang belakang)⁣
  • sayuran pilihan (faa guna kacang buncis, cendawan shimeji dan tomato ceri)⁣
  • sepeket bihun

Cara Memasak:

1. Masukkan air dan kaki serta leher ayam ke dalam periuk. Rebus sampai separuh masak.⁣ Buang keladak dipermukaan rebusan.

2. Masukkan lengkuas, halia, serai dan bawang putih. Kacau dan biar mendidih. Tambah asam keping, serbuk nasi goreng dan sos ikan. Kacau rata. Biar mereneh.

3. Tambah carrot, batang saderi dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan biar sampai kaki ayam empuk. Masukkan akar daun ketumbar, bawang besar, cili api dan daun limau. Kacau.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng Air Fryer ala KFC

4. Bila kaki ayam dah empuk dan semua masak sekata, secukup rasa, masukkan kacang buncis, cendawan shimeji, tomato ceri dan hirisan daun ketumbar. Kacau kejap, tutup api. Siap.

5. Celur bihun sampai lembut kemudian toskan. Tuangkan tomyam putih ke dalam mangkuk bersama bihun. Siap. Moh makan!.

Resepi Bihun Kuah Tomyam Putih Sedap

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo