Daging

Resepi Masak Lemak Daging Bakar

resepi-masak-lemak-daging-bakar

Resepi Masak Lemak Daging Bakar

Siap masak dan makan, daging bakar masak lemak. Dua kali dah buat macam ni serius sedap betul. Daging tu saya bakar tau, bukan guna daging salai. Kalau nak guna daging salai pon boleh.

Bahan-Bahan:

  • Daging 1kg – Dibakar
  • Santan 1 kotak (boleh guna santan fresh kalau ada)
  • Serai 1 batang (ketuk)
  • Asam keping 2
  • Garam
  • Kunyit
  • Bahan2 kisar :
  • Serai 3 batang
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili padi (ikut la nak pedas mana)
  • Kunyit hidup (agak-agak je cukup kuning)

Cara Memasak:

1. Bersihkan dan potong daging ikut citarasa masing-masing. Perap daging dengan kunyit dan garam dalam 2 ke 3 jam.

2. Bakar daging (saya bakar guna air fryer) suhu 180c, selama 20 ke 25 minit. Rajin-rajin check tengok untuk bagi masak sekata.

3. Masukkan bahan kisar, serai ketuk dalam kuali, kemudian masukkan daging bakar dan air sikit. Masak sampai daging lembut, boleh tambah air kalau kering.

4. Bila daging dah lembut, masukkan asam keping dan santan. Biar sampai mendidih sambil dikacau. Masukkan garam dan siap.

Resepi Masak Lemak Daging Bakar

Resepi Oleh: Akma Abdullah