Coklat, Kek

Resepi Chocolate Cheesekut Premium Lemak Berkrim

resepi-chocolate-cheesekut-premium-lemak-berkrim

Resepi Chocolate Cheesekut Premium Lemak Berkrim

Tanpa bakar atau tanpa gelatin hanya setkan semalaman sahaja. Mudah dan resepi ini disertakan sekali anggaran kos. So, silalah membaca sampai habis okay.

Loyang 6 inci atau 5 bekas sq450

Bahan-Bahan Chocolate Mousse:

  • 500 gram cream cheese
  • 60 gram gula icing
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 250 gram dairy whipping cream
  • 250 gram chocolate compound yang dicairkan
  • 16 keping biskut crackers – jika dibuat dalam loyang

Atau

  • 10 keping biskut crackers – jika dibuat dalam bekas sq450
  • susu coklat/susu full cream
  • nutella (pilihan, tak nak masukan pun takpe)

Bahan-Bahan Ganache:

  • 150 gram dairy whipping cream
  • 150 gram chocolate compound
  • 1 sudu makan butter

Cara Membuat Chocolate Mousse:

1. Putarkan 500 gram cream cheese. Pastikan cream cheese sudah pun berada pada suhu bilik. Putar cream cheese dalam 2-3 minit. Lepas tu masukkan 60 gram gula icing + 2 sudu kecil essen vanila + 2 sudu makan susu pekat manis. Sambung putar dalam 1 minit.

2. Masukkan 250 gram chocolate yang sudah dicairkan. Chocolate kena bagi suam-suam, baru tuang. Jangan tuang choc semasa panas ya. Beat sebati cream cheese + cairan coklat tadi sehingga sebati. Bila dah sebati stop beat dan ketepikan sekejap.

3. Dalam bekas yang berlainan, putar 250 gram dairy whipping cream sehingga kental. Dah kental, kaup balik whipped cream tadi dengan cream cheese chocolate tadi. Kaup hingga sebati. Ambil bowl kecil. Masukan susu coklat atau susu full cream. Tapi yang sedap pakai susu coklat.

4. Sebagai base kek ni, letakkan lapisan pertama biskut crackers ni TANPA CELUP KE DALAM SUSU. Kalau pakai loyang saiz 6 inci akan ngam ngam 4 keping biskut setiap layer. Jadi base dia 4 keping tu jangan celup susu. Lagi 4 keping atas dia baru celup sekejap je setiap keping tu dengan susu. means base dia ada 4 keping biskut yang tak dicelup dengan susu. Dan 4 lagi dicelup dengan susu. Ni sebab kita nak bagi base dia kukuh.

5. Then masukan adunan cream cheese tadi yang kita dah kaup dengan whipping cream. Terpulang kita nak letak banyak mana. Then drizzle dengan nutella setiap layer tu. terpulang nak letak nutella atau tak, pilihan masing-masing. Selang seli dengan letak lapisan biskut. Dah siap, setkan sejam.

Resepi Chocolate Cheesekut Premium Lemak Berkrim

Cara Buat Versi Letak Dalam Bekas sq450:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Tiramisu Gulung

1. Letak 1 keping biskut dulu. Setiap biskut celup dalam susu coklat dulu ya. Lepas tu baru masukan chocolate mousse. Selang seli seperti ini; Biskut- Mousse – Drizzle nutella (nutella ini pilihan) – Biskut – Mousse.

2. Resepi ni akan dapat 5 bekas sq450. Chocolate mousse tu bahagi la dua dalam bowl tu. Sebab akan kena masuk 2 kali mousse pada setiap bekas biskut.

Resepi Chocolate Cheesekut Premium Lemak Berkrim

Cara Buat Ganache:

1. Double boil 150 gram chocolate compound + 150 dairy whipping cream + 1 sudu makan butter. Api slow. Dah sebati. tutup api, biarkan dalam 10 minit baru tuang atas kek. Setkan semalaman. Siap!.

Anggaran Kos:

  • Kos Cheesekut Chocolate Mr.Ali
  • 500 g Cream Cheese = Rm18
  • 350 g Dairy Whipping Cream = Rm 6.30
  • 60 gram gula icing = Rm 0.30
  • 350 gram Dark Chocolate = Rm 5.30
  • 2 sudu makan susu pekat = Rm 0.20
  • 2 sudu kecil essen vanila = Rm 0.10
  • 16 keping biskut Kering = Rm2.00
  • 1 sudu kecil butter = Rm 0.20
  • utiliti = Rm 2

Jumlah Kos = Rm 34.40

Harus diingat bahawa ini anggaran sahaja sebab harga setiap bahan adalah berlainan mengikut tempat. So saya ambil harga average. So kalau jual by box tu. Dah tau kos asal, boleh la mark harga setiap bekas tu. Kita yang tentukan keuntungan kita bedasarkan target market kita okay. Janji ada untung YANG MUNASABAH.

Resepi Chocolate Cheesekut Premium Lemak Berkrim

SELAMAT MENCUBA SEMUA

Resepi Oleh: Muhammad Ali