Manisan

Resepi Dessert Mango Sago Manis dan Sedap

resepi-dessert-mango-sago-manis-dan-sedap

Resepi Dessert Mango Sago Manis dan Sedap

Salam Jumaat. Akhirnya.. Tercapai jugak hasrat nak makan dessert sedap ni. Mango Sago atau Sagu Mangga. Tak tahu la asal dessert ni dari China ke, Philippines ke atau Sabah. Yang pasti benda ni sedap yakmat.

Kebetulan semalam ummi abah balik kampung, kutip banyak mempelam kecik. Sedap sangat, manis. Ada orang dia makan ngan kulit-kulit. Faa kena kupas kulit. Hehe. Bila dah banyak tu, tu yang merajinkan diri buat Mango Sago. Perghh. Takleh nak stop. Korang wajib try.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan biji sagu putih
  • 2 cawan air
  • 2 cawan isi mangga (nak lebihkan pun boleh, lagi banyak lagi sedap. Faa guna mempelam kecik/kampung) .
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan air sejuk (cuckoo/coway/air masak dlm peti. Pastikan bukan air paip ya)
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 ke 3 sudu gula perang (nak manis lagi boleh tambah)

Cara Membuat:

1. Masak sagu dan 2 cawan air sampai jernih. Kacau selalu. Bila dah jernih, tutup api dan tuang dalam penapis. Lalukan bawah air paip sambil dikacau untuk buang kanji. Toskan air. Sejukkan.

2. Blend 1 cawan atau nak lebih lagi pun boleh isi mangga, susu cair, air masak sejuk, santan dan gula sampai betul-betul halus. Dadukan 1 cawan lagi isi mangga.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Oreo Goreng

3. Masukkan sagu dalam mangkuk besar. Kalau nak tangkap gambar dulu atau nak presentation lawo-lawo, simpan sagu sesudu dua.

4. Masukkan isi mangga dadu. Tuang bahan blend dan kacau sebati. Tutup dengan plastic wrap, sejukkan dalam peti 3 ke 4 jam. Boleh hidangkan dengan taburan isi mangga diatas. Done.

Resepi Dessert Mango Sago Manis dan Sedap

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli