Resepi Padkrapow atau Thai Basil Chicken
Bahan-Bahan:
2 ketul dada ayam di cincang
4 ulas garlic cincang halus/parut
5 bj cili Siam merah dipotong kecil
1 bj cili merah di hiris serong
2 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan/nampla
1 sdk kicap pekat (optional bagi gelap je)
1 sdk gula kabung/nissey/brown sugar
1/2 sdk paste tomyam
Segenggam daun Thai Basil/Selasih
2 sdm myk masak
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis garlic, cili Siam dan cili merah hingga layu.
2. Masukkan isi ayam, kacau supaya ayam tidak berketul dan masak hingga air ayam kering.
3. Besarkan api, dengan cara stir fry, masukkan sos tiram, sos ikan, kicap pekat, gula kabung, paste tomyam, daun Thai Basil dan gaul rata dalam 1, 2 minit sahaja. Garam tak perlu sebab sos ikan dah sedia masin. Jika ok tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan telur mata. Serve la dalam pinggan fefeeling boat noodle.
Resepi Oleh: Keroroyz Royz