Resepi Ikan Cencaru Kicap Bercili Padi Petai

Resepi Ikan Cencaru Kicap Bercili Padi Petai

Bahan-Bahan:

Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili padi thai (di kisar)
(Siapa tak makan pedas, boleh ganti dengan cili padi akar)
Buah keras (ditumbuk)
Petai
Bawang holland atau bawang merah besar (hiris)
Kicap ABC (mesti ada)
Kicap manis (tidak kisah apa jenama)
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

1. Mula mula goreng ikan cencaru dan ketepikan.

2. Panaskan minyak lebihan goreng ikan tadi, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Garing dan wangi masukkan cili padi. Biar garing, nak tahu garing, dia keluar minyak. Masukkan buah keras.

3. Dah garing, tuang kicap ABC (mesti ada) dan kicap manis kipas udang (brand lain takpe, tapi mesti kicap manis). Masukkan petai dan bawang holland di hiris. Garam secukup rasa.

Resepi Ikan Cencaru Kicap Bercili Padi Petai

Resepi Oleh: Amelia Tamby Hussin