Resepi Nutella Cheesecake Tanpa Bakar
Bahan-Bahan: Loyang 8 inci
Lapisan Pertama – Base
- 170 gram digestive biscuits
- 70 gram butter
Lapisan kedua – Nutella Mousse
- 500 gram cream cheese
- 220 gram nutella
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu kecil susu pekat
- 1 sudu kecil perisa vanila (optional)
- 3 sudu makan spread nutella (optional)
- 300 gram dairy whipping cream
- 2 sudu makan gula icing
Lapisan Ketiga –
- 100 gram nutella
- 100 gram dark chocolate (jangan buh milk chocolate manis sangat nanti jadinya)
- 200 gram dairy whipping cream
Cara Membuat:
1. Lapisan pertama (base); Hancurkan 170 gram digestive biscuits dan gaulkan bersama 70 gram butter yang dicairkan. Mampatkan dalam loyang. Set dalam chiller 30 minit.
2. Lapisan kedua (Nutella Mousse); Pukul 500 gram cream cheese pada suhu bilik. Pukul dalam 2 minit sahaja. Then masukkan 1 sudu makan serbuk koko, 1 sudu kecil susu pekat, 1 sudu kecil perisa vanila (optional) dan 220 gram nutella. Gaulkan sebati.
3. Pada bekas yang lain pukul 300 gram whipping cream dairy serta 2 sudu makan gula icing. Pukul whipping cream sehingga kental.
4. Dah kental sebatikan adunan cheese dan whipped cream tadi pakai tenik kaup balik. Kaup sampai sebati. Bahagikan adunan yang dah sebati tadi kepada 2 bahagian (250 gram setiap bahagian).
5. Masukkan bahagian pertama then pipekan nutella dalam piping bag. Pipekan tengah-tengah jangan sampai ke tepi. Pipe sahaja, jangan pi ratakan pula. Dah pipe letak dalam chiller 30 minit.
6. Then keluarkan, masukkan bahagian kedua mousse tadi (ni proses konon-konon nak tengah-tengah kek ada nutella spread la, rujuk gambar). Kalau tak nak, skip je step ni. Masukkan semua adunan nutella mousse yang kita pukul tadi. Then setkan dalam chiller selama 5 jam.
7. Lapisan ketiga; Double boil kesemua bahan, bila Dah sebati stopkan double boil. Kasi suam dalam 10 minit then tuang atas kek. Setkan semalaman dan boleh makan. Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Muhammad Ali