Resepi Bebola Kentang Cheese Leleh
Bahan-Bahan:
- 3 Biji Ubi Kentang
- 2 Sudu Kecil Gula
- Mozzarella Cheese (di potong dadu)
- Putih Telur
- Tepung Roti
- Bahan Perasa
Cara Membuat:
1. Rebus ubi kentang sehingga empuk dan toskan. Lenyek ubi kentang sehingga halus.
2. Masukkan bahan perasa dan gula. Bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan korang.
3. Ubi kentang yang dah dibentuk bebola tadi, dicelup ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan serbuk roti.
4. Ulang sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.
5. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk selama 30 minit. Goreng bebola didalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kuning keemasan. Siap!.
Hidang ketika masih panas, perghhh meleleh. Rangup diluar lembut di dalam.
Resepi Oleh: Hasni Usman