snek, Snek

Resepi Nugget Ayam ala KFC

resepi-nugget-ayam-ala-kfc

Resepi Nugget Ayam ala KFC

Bahan-Bahan:

  • Isi Ayam – Ambil 2 Bahagian Dada Ayam (Isi Sahaja)
  • Sos Lea & Perrins – 1 1/2 Sudu Besar (JJ tak letak)
  • Lada Sulah – 3 Sudu (Selain untuk menambah rasa, ia juga berfungsi untuk hilangkan hanyir ayam)
  • Tepung Jagung – 3 Sudu Besar
  • Garam – 1/2 Sudu Besar
  • Telur – 2 Biji (Ambil puteh sahaja)
  • Breadcrumb – Terpulang
  • Tepung Serbaguna NONA – Terpulang

Cara-cara:

1. Basuh isi ayam, buang semua tulang kemudian hancurkan (lebih mudah menggunakan blender).

2. Ambil isi ayam yang sudah hancur dan campurkan dengan sos Lea & Perrins, Lada Sulah, Tepung Jagung, Breadcrumb, sedikit tepung serbaguna NONA dan garam.

3. Kemudian biarkan bahan yang telah dicampur selama 15 minit. Apabila campuran nampak agak kemas, bentukkan mengikut kesesuaian masing-masing.

4. Pecahkan telur, ambil bahagian telur puteh sahaja. Kemudian celupkan nugget yang telah dibentuk ke dalam puteh telur tersebut dan golekkan ke atas tepung serbaguna NONA.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

5. Biarkan ia sebati selama 30 minit – sejam dan goreng. Kalau nak terus goreng pun boleh. Ikut minat masing-masing. Sedia untuk dimakan.

Resepi Nugget Ayam ala KFC

Resepi Oleh: Jalilah JJ