Mee

Resepi Mee Kari Chinese Style

resepi-mee-kari-chinese-style

Resepi Mee Kari Chinese Style

Bahan-Bahan:

  • Segengam cili kering – kisar untuk sambal
  • 2 biji bwg besar – kisar
  • 3 ulas bwg putih – kisar
  • 2 biji bawang merah – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging saya guna rempah cap O sedap.
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • l/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 mangkuk besar santan
  • Tauhu kering
  • Fish cake/Fish Ball
  • 1 keping asam gelugor

Hiasan:

  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Sambal
  • Limau Nipis.
  • Kacang Panjang celur

Sambal:

Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bawang besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..

Cara Penyediaan Kuah Kari:

1. Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar, kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga wangi.

2. Bila dah wangi dan agak keperangan, masukkan rempah kari yang telah dicampur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan (sukatan santan agak-agak jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair). Saya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

4. Biar kuah mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga kuah mendidih dan menyerap ke dalam tauhu kering, siap.

Resepi Mee Kari Chinese Style

Resepi Oleh: Cik Puan Julieta