Manisan

Mudahnya Buat Dessert ala Hotel Creme Brulee

mudahnya-buat-dessert-ala-hotel-creme-brulee

Mudahnya Buat Dessert ala Hotel Creme Brulee

Creme Brulee – This is one of my family favorite desserts. There is nothing better than cracking through a crunchy burnt sugar top and digging your spoon into a silky custard. Sedap nakkkk matteyyyy!.

Untuk 6 Hidangan

Bahannya:

  • 1 1/2 cawan susu
  • 1 cawan heavy whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji telur size A
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu teh vanila esen
  • Air mendidih untuk “water bath”
  • 6 sudu teh gula, untuk topping gula

Caranya:

1. Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 6 ramekins kecil dalam loyang pembakar 9 × 13 inci.

2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar.

3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati.

4. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.

5. Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. Bakar selama 40 minit, sehingga custard masak.

6. Biarkan dia dalam selama 20 minit. Berhati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira sejam sebelum di simpan dalam peti ais. Tutup dengan plastik cling.

+ Custard boleh disediakan dua hari lebih awal.

Untuk Topping:

Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangan kan.

Mudahnya Buat Dessert ala Hotel Creme Brulee

Resepi Oleh: Lina Thomas