
Resepi Nuget Ayam Mudah
Bahan-Bahan:
200 gm daging ayam – dikisar
2 biji telur – ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gm serbuk roti
½ labu bawang besar – dicincang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
2. Campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan bentuk mengikut kesukaan anda.
3. Simpan nuget dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok.
4. Apabila hendak dinikmati, goreng nuget sehingga kekuningan. Hidangkan dengan sos kegemaran anda.