Kuih Muih

Resepi Nona Manis Strawberry

resepi-nona-manis-strawberry

Resepi Nona Manis Strawberry

Bahan-Bahan & Cara Membuat

Bahan A:

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur

Cara Membuat:

1. Kacau rata dalam bekas guna whisk.

Bahan B:

1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
1 cawan santan
Pewarna strawberry oil base
Perisa strawberry
Secubit garam

Cara Membuat:

1. Masuk semua bahan diatas dalam periuk, kacau-kacau bagi sekata.

2. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau sampai likat. Tutup api, suamkan sekejap.

3. Campurkan bahan A tadi dalam periuk, kacau-kacau bagi sebati. Nak mudah blenderkan, tuang dalam jag kecil.

Bahan C:

1 kotak kecil santan kotak – Kena campur dengan 1 cawan air untuk dapat 2 cawan santan tadi
3-4 sudu besar tepung gandum
Sedikit je gula
Sedikit garam (bahagian ni kena rasa masin sikit)

Cara Membuat:

1. Masuk bahan-bahan di atas dalam periuk, kacau hingga rata atau sebati.

2. Kemudian, masak atas api perlahan sehingga likat atau menggelegak. Tutup api dan tuang terus dalam botol sos kecil atau bekas yang sesuai untuk piping kat tengah kuih.

Cuba Resepi Ni:  Kuih Bangkit Sagu Rasa Lemak-Lemak Santan

3. Acuan lompang sapu minyak, tuang adunan 3/4 acuan. Paipkan putih di tengah-tengah adunan pink.

4. Panaskan pengukus sehingga betul-betul mendidih. Kukus mesti 10 minit dengan api yang sederhana besar.

5. Bila dah masak, tunggu sejuk dahulu baru boleh keluarkan nona manis dari acuan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Zura Zul dari MAHN