Kuih Muih

Resepi Kuih Lompang

resepi-kuih-lompang

Resepi Kuih Lompang

Bahan-Bahan:

280 gm tepung beras
25 gm tepung sagu
125 gm gula pasir
5ml esen ros
1 liter air @ 450ml dibancuh dengan tepung dan 450ml lagi dimasak bersama gula
1 helai daun pandan disimpul
Kelapa parut putih sahaja
Secubit garam
Acuan lompang

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan. Masak 450ml air bersama gula dan daun pandan sehingga gula menjadi larut.

2. Dalam bekas yang lain, satukan tepung beras dan tepung sagu. Campurkan dengan 450ml air lagi dan kacau rata.

3. Tuangkan adunan air gula ke dalam adunan tepung.

4. Kacau rata dan kemudian ditapis. Adunan ini akan menjadi adunan yang terlalu cair. Tambahkan pula esen ros. Kacau rata.

5. Oles acuan dengan minyak jagung atau minyak masak. Susun acuan dalam kukusan. Apabila air kukusan telah mendidih, letakkan acuan dan kukus acuan dahulu selama lima minit.

6. Selepas lima minit, tuangkan adunan ke dalam bekas acuan. Kukus sehingga masak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pey Pey

7. Apabila sudah masak, tunggu ia sejuk dan keluarkan dari acuan. Hidangkan kuih lompang dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.