
Resepi Kuih Lapis Pandan Coklat
Bahan-Bahan:
Bahan A –
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
Secubit garam
+ Campur kesemua bahan ni, kacau sebati dan ketepikan.
Bahan B –
1 cawan gula – nak manis tambah
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
4 helai daun pandan – simpulkan
+ Masak bahan B sehingga larut gula, suamkan.
Bahan C –
3 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar air suam – bancuh dengan serbuk koko
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau-kacau sebati kemudian tapiskan.
2. Bahagi 2 adunan sama banyak, satu untuk campur dengan serbuk koko dan satu lagi adunan campur perisa pandan dengan pewarna hijau.
3. Panaskan kukusan hingga mendidih. Loyang sapu minyak, kemudian lapik dengan plastik. Panaskan sekejap loyang tu.
4. Mula tuang lapisan pertama koko/coklat atau hijau dulu dalam loyang. Kukus selama 6-7 minit.
5. Tuang lapisan ke 2 dan seterusnya sehingga habis adunan. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. Setiap lapisan, masa kukus lap dulu penutup pengukus.
6. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru potong dengan pisau plastik.
Resepi Oleh: Zura Zul dari MAHN